Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Bertudung

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Bertudung

Jika anda seorang wanita yang bertudung, anda sudah tentu biasa memakai tudung sehari suntuk. Ramai pemakai tudung yang tidak tahu bahawa rambut yang ditutup dengan lama sebegini memerlukan penjagaan khas.

Ini kerana rambut anda mengalami kelembapan berpanjangan, dan ini meningkatkan kemungkinan kemunculan kuman.

Ini untuk mengelakkan rambut menjadi kering, kusut dan terjadinya masalah kulit seperti kelemumur. Ikutilah petua-petua berikut bagi mendapatkan rambut dan kulit kepala yang sihat.

 

  1. Basuh Dengan Syampu Yang Sesuai

    Amalan membasuh rambut setiap hari memang menjadi sesuatu yang perlu bagi wanita berhijab. Oleh itu, pemilihan syampu yang sesuai amatlah penting. Ini untuk memastikan bahawa syampu yang anda pilih itu tidak merosakkan rambut anda.

    Cara yang terbaik untuk memilih syampu adalah berdasarkan sama ada rambut anda kering atau berminyak. Contohnya, jika anda mempunyai rambut yang berminyak pilihlah syampu yang mempunyai ramuan yang boleh menyingkirkan minyak tambahan. Bagi rambut yang kering pula ada boleh pilih syampu yang ada minyak zaitun atau minyak argan bagi melindungi rambut anda.

    Selain syampu yang disebut di atas, anda boleh juga menggunakan syampu yang dirumus khas untuk para wanita berhijab. Terdapat banyak di pasaran, termasuk yang ada pati limau nipis dan menthol atau pudina yang boleh membuatkan kepala kita rasa sejuk dan nyaman ketika digunakan.

    Sumber: Shutterstock

     

  2. Gunakan Syampu Anti-Kelemumur

    Walaupun anda mungkin tidak mempunyai masalah kelemumur, anda boleh menggunakan syampu anti-kelemumur sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini kerana syampu anti kelemumur mempunyai bahan yang boleh menyingkirkan kuman yang menyebabkan masalah kulit kepala dan kegatalan.

     

  3. Keringkan Rambut Dengan Serta Merta

    Setelah anda membasuh rambut setiap hari, sebaik-baiknya anda haruslah mengeringkan rambut anda menggunakan pengering rambut, ataupun setidak-tidaknya kipas meja. Ini kerana rambut yang dibiarkan lembap bagi masa yang panjang sebenarnya boleh merosakkan rambut.

    Jika anda pergi tidur dengan rambut yang lembap atau basah, itu sebenarnya boleh menyebabkan hujung rambut bercabang atau split ends.

    Sumber: Shutterstock

     

  4. Gunakan Serum Atau Tonik Rambut

    Untuk menggalakkan rambut anda tumbuh secara sihat, anda harus bekalkan zat yang mencukupi bagi rambut anda. Antara cara yang terbaik adalah dengan menggunakan serum atau tonik. Serum atau tonik ini bolehlah digunakan dua atau tiga kali seminggu.

    Biasanya, serum ini digunakan terus di kulit kepala ataupun pada rambut. Pilihlah serum atau tonik yang paling sesuai dengan keperluan rambut kita.

    Penjagaan rambut yang rapi juga melibatkan cara anda memakai tudung. Misalnya, jangan pakai anak tudung ketika rambut masih basah, elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan pastikan anak tudung dibasuh dan ditukar setiap kali setelah dipakai, walaupun untuk tempoh yang singkat.

 

Ikutilah Veilnicorn di Facebook dan Instagram kami untuk lebih petua penjagaan diri, khas untuk wanita berhijab seperti anda!

Back to blog