Tips Memilih Anak Tudung Untuk Keselesaan Maksimum

Tips Memilih Anak Tudung Untuk Keselesaan Maksimum

Sebagaimana yang kita tahu, pemilihan tudung itu penting. Selain daripada tudung itu sendiri, anak tudung atau ‘inner’ pun tidak kurang pentingnya. Sama ada dari segi rekabentuk,  kain, warna atau saiz, anak tudung yang sesuai akan menjaminkan keselesaan pemakai bagi situasi yang berlainan.

Sumber: Unsplash

 

Evolusi Anak Tudung

Pada masa dahulu, jenis dan rekaan anak tudung amat terhad. Biasanya ianya diperbuat daripada kain yang boleh diregang, serta hanya menutup bahagian kepala sahaja. Mungkin disebabkan ianya tidak dapat dilihat daripada luar, maka penekanan tidak banyak diberikan kepada aksesori ini.

Pada hari ini, terdapat banyak lagi trend dan jenis anak tudung yang dijual di pasaran. Ini termasuk anak tudung yang menutup bahagian leher, melilit mengelilingi bahagian dagu, dengan bahagian belakang terbuka dan banyak lagi.

Anak tudung mempunyai banyak fungsi, antaranya untuk memastikan bahawa rambut kita kekal kemas dan tidak terkeluar dari tudung. Satu lagi fungsinya adalah untuk membantu kain tudung kekal di tempatnya dan tidak mudah tergelincir atau bergerak.

 

Cara Memilih Anak Tudung

Marilah kita melihat apakah cara-cara untuk memilih anak tudung yang paling selesa:

 

  1. Pilih Kain Yang Berkualiti

    Jika anda inginkan kain yang mudah menyerap peluh, pilihlah kain cotton atau kapas. Kapas juga merupakan fabrik yang paling selesa ketika cuaca panas kerana bersifat ‘breathable’ iaitu membenarkan pengudaraan yang baik.

    Selain cotton, inner tudung pada ketika ini juga banyak yang diperbuat dengan kain Lycra. Kain jenis ini ringan, tetapi anda hendaklah memilih Lycra yang berkualiti baik dan bukannya yang termurah. Kain Lycra yang berkualiti rendah boleh menyebabkan anda rasa panas dan melekit.

     

  2. Cubalah Inner Yang Pelbagai

    Hari ini, terdapat anak tudung dengan pelbagai rekaan, termasuk inner Syria, anak tudung klasik, anak tudung helmet, inner yang bersilang, puffy inner,  inner dengan full cover sehingga ke leher dan banyak lagi.

    Asalkan anda tidak memilih anak tudung yang mencengkam, anda bolehlah mencuba pelbagai jenis anak tudung ini supaya dapat menentukan yang manakah paling sesuai bagi bentuk muka dan keselesaan anda.

     

  3. Sesuaikan Dengan Warna Tudung Luar

    Anda dinasihatkan untuk memperbanyakkan anak tudung yang berwarna neutral seperti hitam, putih, beige, kelabu dan sebagainya. Ini kerana anak tudung tersebut lebih mudah dipadankan dengan pelbagai kain tudung, termasuk yang bercorak.

    Pemilihan warna itu penting supaya kelihatan serasi dan tidak ‘clash’ jikalau kain tudung anda bergerak untuk mendedahkan anak tudung.

    Sumber: Unsplash

 

Pada masa sekarang, memang banyak trend anak tudung yang muncul. Ikutilah kami untuk update trend dan tips panduan pemakaian tudung terkini di Facebook dan Instagram kami. Kami sentiasa mengalu-alukan anda!

Back to blog