Sebagaimana yang kita tahu, terdapat banyak cara untuk kita memakai tudung dan melipatnya sekeliling kepala dan leher kita. Tapi, adakah kita tahu bahawa cara lipatan dan pemakaian tudung boleh mempengaruhi penampilan muka kita?
Mengikut pakar, terdapat lima jenis bentuk muka am di dunia. Ini termasuklah bulat, bujur, panjang, segitiga atau heart, dan segiempat.
Berikut merupakan panduan yang boleh membantu anda memakai tudung mengikut bentuk muka anda.
-
Muka Bulat
Bagi mereka yang mempunyai muka bulat, gaya tudung yang longgar adalah yang terbaik.Ini adalah untuk mengelakkan bentuk muka anda yang bulat terlalu menyerlah.
Anda juga haruslah memastikan bahawa tudung anda tidak menutup tulang pipi anda. Ini adalah penting untuk mencipta gaya di mana keseluruhan muka anda boleh dinampak dan lengkuk pipi anda ditonjolkan.
Apabila memakai tudung awning, pastikan bahagian tepi tidak menutup pipi anda dan bahagian atas awning adalah memanjang dan tajam, bukannya mendatar. Sebarang tudung yang anda pakai tidak harus melekap pada dahi anda. Sebaliknya ianya haruslah berbentuk bujur tanpa menutup pipi.
Sumber: Unsplash
-
Muka Panjang
Jikalau anda memiliki muka yang panjang, tips pertama adalah untuk membuatkan muka anda kelihatan bujur. Anda boleh mencipta rupa ini dengan memakai anak tudung yang melekat pada dahi supaya dapat menutup dahi anda yang luas.
Elakkan memakai tudung awning yang boleh mendedahkan dahi anda yang luas. Anda boleh melilit tudung dengan rapat di bahagian dagu supaya membuatkan muka anda kelihatan lebih pendek.
-
Muka Berbentuk Hati
Muka jenis ini mempunyai bahagian pipi yang berisi, serta dagu yang tajam. Anda mahu menyerlahkan rahang anda supaya kelihatan lebih terserlah lagi. Untuk mencapai estetik yang lebih manis, anda haruslah memilih gaya tudung yang boleh dibentuk segitaga tajam di bahagian dahi juga.
ASatu gaya tudung yang sesuai adalah tudung yang boleh ditarik ke belakang dan dipinkan di bahagian leher. Selain itu, gaya sanggul dan pintalan juga bagus untuk menyerlahkan dagu anda.
-
Muka Segi Empat
Individu dengan muka segi empat mempunyai dagu yang lebar dan dahi yang luas. Untuk muka sebegini, anda harus menekankan untuk menutup bahagian dagu dan rahang anda yang lebar.
Untuk mencapai stail ini, anda boleh mengimbangkan bentuk muka segi empat anda dengan lilitan tudung shawl yang berbentuk bulat. Elakkan gaya tudung di mana terdapat ikatan di belakang tengkuk kerana rahang anda akan kelihatan dengan jelas.
Sumber: Unsplash
-
Muka Bujur
Muka bujur merupakan bentuk muka yang paling sesuai untuk menggayakan apa-apa jenis tudung pun. Jika anda bermuka bujur, anda bebas memilih dan eksperimen dengan mana-mana gaya fesyen tudung.
Sumber: Veilnicorn Nureen in Dark Pine Green
Kami akan terus memaparkan tips berguna untuk anda yang menggemari fesyen hijab dan tudung. Ikutilah kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan notifikasi apabila kami menerbitkan post yang baru!