Apabila kita memilih tudung untuk pakaian kita, kita tidak boleh melakukannya secara membuta tuli. Tugas memadankan warna tudung dengan pakaian menjadi sangat penting, kerana kita tidak mahu ianya ‘clash’ dan memberikan estetik yang pelik.
Pemadanan warna juga dapat membantu anda mempamerkan gaya anda tersendiri dan membuatkan pakaian anda nampak lebih harmoni.
Untuk mengetahui bagaimana untuk menyuaipadan warna pakaian dengan warna tudung, anda bolehlah mengikuti panduan kami di bawah:
-
Memilih Warna Yang Sama Tetapi Tona Berbeza
Salah satu cara yang paling mudah untuk memilih warna tudung yang sesuai adalah dengan menyesuaikan tona warna yang berlainan. Misalnya, jika anda memakai pakaian warna merah, anda boleh memilih warna tudung pink.
Dengan cara yang sama, anda boleh memilih tudung warna hijau tua, jika pakaian anda berwarna hijau muda. Cara ini memberikan imej yang lebih berpadu dan harmoni, dan sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa serta tiada banyak masa untuk membuat padanan warna.
Sumber: Unsplash
-
Warna Neutral Sentiasa Sesuai
Jika anda mengejar masa, satu cara untuk memilih tudung yang sesuai adalah dengan memilih warna neutral. Contoh warna yang neutral adalah seperti putih, hitam, cream, kuning air, kelabu dan sebagainya. Warna neutral biasanya tidak akan clash dengan mana-mana warna lain.
Jika anda memilih pakaian yang berwarna neutral pula, seperti putih atau beige, anda boleh membuatkan padanan anda lebih menarik dengan memilih tudung bercorak, seperti koleksi Bloom kami.
Sumber: Koleksi Bloom Veilnicorn
-
Menggunakan Roda Warna
Roda warna merupakan satu panduan yang digunakan dalam banyak bidang seni. Dengan roda warna , anda boleh melihat warna apa yang bertentangan dan warna yang boleh menjadi pelengkap antara satu sama lain.
Terdapat beberapa cara untuk menyesuaikan warna menggunakan roda warna. Anda boleh menggunakan teknik warna harmoni, iaitu memilih warna yang bersebelahan antara satu sama lain di roda tersebut. Contoh warna yang bersebelahan antara satu sama lain adalah warna oren dan kuning, ungu dan merah, serta hijau dan biru.
Satu lagi teknik adalah dengan menggunakan warna yang bertentangan pada roda warna. Misalnya, warna kuning dan violet, biru dan oren, serta banyak lagi.
Sumber: Unsplash
-
Memilih Salah Satu Warna Dalam Corak
Biasanya, jika seseorang itu memakai baju yang bercorak, tudung yang dipilih haruslah berwarna ‘plain’ iaitu tanpa corak. Sebaliknya, jika tudung yang bercorak , baju haruslah berwarna plain.
Anda boleh memadankan tudung dengan baju dengan memilih salah satu warna dalam corak dan padankan dengan kain plain dengan warna yang sama atau hampir sama.
Sumber: Unsplash
Untuk mendapatkan inspirasi bagi pemadanan terbaru anda, jemputlah mengikuti Facebook dan Instagram Veilnicorn yang penuh dengan idea baru!