Setiap kali Ramadhan tiba, sudah tentu kita akan tercari-cari baju raya yang sesuai untuk hari lebaran kelak. Di samping itu, anda juga mesti juga tercari-cari inspirasi untuk pemakaian tudung yang unik dan istimewa supaya sesuai dengan pakaian anda nanti.
Kali ini, kami membawa anda contoh tudung Hari Raya daripada wanita-wanita Malaysia yang menggayakan tudung yang cantik serta anggun.
-
Tudung Satin Bawal
Anda tidak semestinya memakai tudung yang bertentangan warna dengan baju anda untuk menonjol. Pemilihan kain tudung yang berkualiti dan sedikit berkilat seperti satin, Crepe atau Brocade boleh membuatkan mana-mana baju kelihatan berkelas tinggi.
Jika anda mahu menampilkan corak dan design pada baju, pastikan tudung yang dipilih itu berwarna plain dan tidak begitu menarik perhatian.
Sumber: Lelesue@Instagram
-
Tudung Bawal Chiffon Bermanik
Tidak dapat dinafikan bahawa tudung Chiffon boleh membuatkan anda kelihatan lebih feminin dan ayu. Anda bolehlah memilih tudung Chiffon bawal yang mempunyai corak manik di satu sudut. Corak ini boleh disusun di bahagian belakang dan tergantung ke bawah supaya memberikan estetik alunan corak yang dinamik.
Tudung sebegini sesuai untuk digayakan bersama baju yang juga bermanik di hadapan, supaya dapat mengimbangkan susunan corak yang dapat dilihat.
Sumber: fadirarosdi_@Instagram
-
Lipatan Kemas di Depan
Jika anda mempunyai muka yang berbentuk comel dan bulat, anda bolehlah mencuba cara pemakaian tudung ini, yang mempunyai lipatan yang kemas di bahagian hadapan, di bawah dagu.
Lipatan ini akan menarik perhatian mata terhadap leher anda, dan membuatkannya nampak lebih panjang dan muka anda lebih tajam.
Sumber: liyanamaisarah_@Instagram
-
Corak Berpetak Yang Berani
Jika anda memilih baju raya yang berwarna ‘plain’, anda bolehlah memadankannya dengan tudung yang mempunyai corak yang lebih menonjol dan berani. Contohnya, tudung berpetak yang anda lihat di sini.
Sumber: anisfatin_@Instagram
-
Tambahkan ‘Pop of Color’
Jangan gentar untuk mencuba warna yang berbeza dengan baju raya anda, terutama sekali jika ianya agak simple. Tudung berwarna terang ini boleh menceriakan set baju raya yang berwarna neutral atau ‘earthy’, serta memberikan satu estetik yang segar.
Sumber: nrfana_@Instagram
-
Cetakan Flora Yang Moden
Rekaan tudung berbunga moden boleh menjadi pilihan anda jika anda menginginkan kelainan. Warna pastel yang menenangkan serta menyejukkan dipadankan dengan saiz corak bunga yang besar memang semakin mendapat perhatian ketika ini.
Sumber: Eryna Square with Rose in Soft Cotton Candy oleh Veilnicorn
Pada Aidilfitri tahun ini, kita berasa lebih lega kerana bebas bergerak untuk balik kampung setelah beberapa tahun tiada kebebasan sedemikian. Oleh itu, jadikanlah baju raya anda sesuatu yang boleh diingati sampai bila-bila.
Ikutilah Veilnicorn di Facebook dan Instagram kami untuk updates produk-produk, serta panduan yang berguna.