Timbul banyak trend tudung baru-baru ini yang serba cantik, dan salah satu daripadanya adalah tudung sanggul. Jika diperhatikan, trend ini ada menimbulkan sedikit kontroversi, apabila terdapat pihak yang mengatakan bahawa sesetengah wanita memperagakan sanggul mereka terlalu tinggi dan terlalu menonjol.
Sebenarnya, stail tudung sanggul ini tidak salah, selagi dipakai secara sederhana dan mengikut sunnah, iaitu aurat ditutup dengan sempurna. Kini terdapat ‘inner’ yang boleh membantu anda mencipta bentuk sanggul, dan ini biasanya boleh diikat atau disarungkan seperti inner biasa.
Marilah kita melihat beberapa cara tudung bersanggul boleh digayakan.
-
Merah Membujur
Di sini, sanggul digayakan secara leper di belakang kepala untuk memberikan eastetik tudung yang lebih penuh. Ianya sangat sesuai bagi mereka yang bermuka bulat, kerana pertambahan bahagian belakang yang lebih luas akan membuatkan muka nampak lebih tajam dan memanjang.
Sumber: Yoga Yobek@Unsplash
-
Hari Istimewa dengan Tiara dan Renda
Ini pula idea tudung sanggul untuk hari istimewa anda, di mana sanggul boleh digunakan untuk melengkapkan pakaian pengantin yang anggun dan ayu. Kehadiran sanggul diserikan lagi dengan kain veil renda dan tiara yang mewah.
Gaya sanggul yang tinggi sebegini sesuai jika anda padankan dengan warna tudung dan renda yang neutral atau ‘earth color’ supaya yang tidak nampak keterlaluan.
Sumber: Rio Syhputra@Unsplash
-
Sanggul Profesional Untuk Wanita Korporat
Jika anda inginkan kelainan untuk pakaian harian ke pejabat, anda bolehlah menyertakan inner sanggul untuk memberikan keluasan bahagian belakang kepala yang lebih besar.
Seperti contoh di bawah, sanggul sebegini boleh membantu meningkatkan baju pejabat yang simple ke tahap yang lebih elegan dan menawan. Untuk gaya yang lebih kemas, sanggul sesuai digunakan dengan tudung bawal yang ringkas.
Sumber: Azaria AC @Unsplash
-
Sebagai Tempat Penyandaran Lipatan
Sama ada anda memakai tudung bawal ataupun shawl, anda boleh menggunakan sanggul untuk membuat gaya tudung yang lebih menarik. Salah satu daripada perkara yang boleh anda buat adalah dengan melipat bahagian belakang tudung anda yang panjang, dan ‘menggantung’ atau menyandarkan kain berlebihan itu di atas sanggul tersebut.
Ini boleh memberikan kesan yang lebih menarik yang tidak terlalu menonjol dan sesuai untuk dipakai ke mana-mana untuk tujuan seharian.
Sumber: Anastasia Shuraeva @Pexels
-
Sesuai untuk Tudung Gaya Turban
Bagi anda yang suka pada tudung jenis Turban, anda bolehlah menggunakan inner sanggul untuk menyempurnakan gaya turban tersebut. Ini boleh membantu turban anda mencapai bentuk bulat dan ketegangan yang diperlukan untuk nampak kemas.
Sumber: Shutterstock
Bagi anda yang masih belum mengikuti kami di Facebook dan Instagram, jemputlah melakukan sedemikian secepat mungkin. Ini kerana kami sering mengupdate mengenai tips tudung, serta mempamerkan segala promosi dan produk baru kami.