Siri Inspirasi: 5 Corak Tudung Shawl Untuk Menghadiri Kenduri

Siri Inspirasi: 5 Corak Tudung Shawl Untuk Menghadiri Kenduri

Tudung yang kita pilih untuk menghadiri majlis khas biasanya istimewa sedikit berbanding corak atau gaya tudung harian. Tidak kira event apa yang kita hadiri, sama ada makan malam tahunan company, kenduri perkahwinan ataupun majlis lain di hotel, anda bolehlah memilih tudung yang lebih berhias daripada biasa.

Keistimewaan ini boleh terletak pada corak tudung, jenis kain tudung dan juga cara anda memakainya. Zaman ini, terdapat banyak aksesori yang boleh anda tambah kepada tudung anda juga, termasuklah buckle, brooch, pin, pemberat, hairband dan sebagainya.

Di sini, kami akan melihat beberapa idea tudung yang sesuai untuk menghadiri kenduri dan jamuan khas yang sewaktu dengannya.

 

  1. Tudung Bertopi

    Walaupun trend memakai topi dengan tudung bukan sesuatu yang baru, topi yang berkenaan biasanya topi besbol untuk gaya sempoi dan bersahaja, bukannya untuk acara formal. Akan tetapi, jika anda memilih topi berlainan seperti topi Beret, Fascinator atau Derby, anda boleh mencipta gaya yang lebih anggun dan berkelas. Pemakaian tudung sebegini sangat sesuai untuk acara bertemakan 'Garden Party' serta kenduri yang berlangsung di luar pada siang hari.

    Sumber: Pxhere

     

  2. Tudung Berlapis

    Anda boleh menambahkan tahap kreativiti anda dengan mengenakan dua lapisan tudung, Lapisan dalam bolehlah berwarna plain manakala lapisan lura bercorak. Lapisan dalam dilipat dengan api mengelilingi kepala manakala lapisan luar bebas untuk digayakan sebagaimana yang anda suka. Jika anda mahu, anda boleh lapik dan pinkan sahaja supaya shawl di lapisan luar itu bebas bergantung di bahagian belakang.

    Sumber: Pxhere

     

  3. Tudung Stail Bertimbun

    Satu lagi gaya yang boleh anda cuba adalah dengan mengenakan tudung shawl di atas anak tudung dengan warna yang sama. Anda boleh gulungkan bahagian panjang shawl dan timbukan di atas kepala dengan gaya seperti air terjun, dan menggantungkannya di satu belah.

    Sumber: Pxhere

     

  4. Tudung Separa Lutsinar

    Majlis formal merupakan antara peluang yang terbaik untuk menggunakan tudung separa lutsinar yang anda miliki. Kain seperti organza dan Chiffon boleh digunakan untuk mencipta gaya ini. Anda memerlukan anak tudung dengan warna yang sama atau hampir sama, jadi apabila dililitkan, tudung anda boleh mencipta imej yang serupa dengan 'bayangan'.

    Sumber: Maxpixel

     

  5. Stail Tergantung

    Satu kelebihan tudung shawl adalah ianya mempunyai kepanjangan yang memberikan anda lebih fleksibiliti dari segi penggayaan. Satu gaya yang sangat mudah untuk dilakukan adalah dengan melilit tudung hanya sekali dikeliling muka, dan membiarkan yang selebihnya bergantung di bahagian belakang bahu anda.

    Sumber: Nureen in Sliver Grey by Veilnicorn

 

Semua gaya tudung ini dapat membuatkan anda nampak lebih lembut dan ayu, tidak kira ke mana sahaja anda pergi. Untuk mendapatkan lebih idea berguna bagi pemakaian tudung, ikutilah kami di laman Facebook dan Instagram kami hari ini!

Back to blog