Siri Inspirasi: 5 Cara Pemakaian Tudung Shawl Yang Untuk Kelainan

Siri Inspirasi: 5 Cara Pemakaian Tudung Shawl Yang Untuk Kelainan

Terdapat beberapa jenis tudung yang sangat popular pada masa kini, dan salah satu daripadanya ialah tudung shawl. Tudung shawl merupakan tudung yang berbentuk segiempat tepat, di mana panjangnya adalah lebih daripada lebarnya. Kadang-kadang, tudung shawl ini juga dipanggil tudung selendang.

Oleh kerana saiz tudung ini yang lebih besar, anda mempunyai lebih banyak ruang untuk kreativiti semasa mengayakannya. Kami sertakan di sini beberapa inspirasi untuk anda memakai tudung shawl anda:

 

  1. Lebarkan di Bahu

    Inspirasi pertama kami datang daripada personaliti terkenal, Mira Filzah dalam penampilannya di layar perak. Tudung shawl yang berwarna Peach Pink ini dilebarkan untuk meliputi bahagian bahu kiri.

    Hujung yang satu lagi juga dilebarkan dan dipinkan untuk menutup bahagian dada. Ini memberikan satu gaya yang amat feminin, terutamanya cara hujung shawl ini menutup bahagian tangan, tak ubah seperti selendang.

    Sumber: mfmirafilzah@Instagram

     

  2. Cara Inspirasi Tradisional

    Inspirasi yang seterusnya datang daripada, tidak lain dan tidak bukan, Tok Ti sendiri. Dalam persembahan Queen of the Night pada bulan Ogos 2022, beliau telah mengenakan kostum yang dipadankan dengan tudung shawl berwarna emas.

    Kali ini, tudung tersebut tidak dililitkan mengelilingi kepala, tetapi dipinkan ke atas bahagian inner, dengan satu hujung digantungkan di belakang dan satu hujung di depan. Kedua-dua belah tudung kemudiannya dipinkan bersama pada aras pinggang.sebelah kiri.

    Sumber: Siti Nurhaliza Tarudin@Instagram

     

  3. Nyaman Dipandang

    Cara pemakaian tudung Shawl oleh selebriti Nur Fazura merupakan fokus kita yang seterusnya. Cara mengenakan tudung ini sesuai untuk shawl dengan kepanjangan yang pendek sedikit daripada biasa.

    Salah satu belah daripada tudung shawl yang dipinkan di bawah dagu ditarik untuk menutup seluruh dada. Manakala sebelah yang satu lagi disorok ke belakang.

    Sumber: Nur Fazura@Instagram

     

  4. Tergantung Panjang

    Nana Mahazan memang sering mengenakan tudung shawlnya dengan cara ini, iaitu satu belah dililit di bawah dagu secara rapat dan yang satu belah lagi dibiarkan tergantung di tepi. Untuk mencapai kesan yang bagus, anda haruslah pilih shawl yang panjang.

    Gaya ini sangat mudah dikenakan dan sesuai untuk aktiviti harian, seperti keluar shopping dengan keluarga ataupun ke tempat kerja.

    Sumber: Nana Mahazan@Instagram

     

  5. Gaya Shawl Berlapis

    Cara Izara Aishah memakai tudung shawlnya ketika KL Fashion Week tahun 2022 baru-baru ini sangatlah mengagumkan. Lapisan dalam yang kelihatan seperti shawl satin atau sutera dipadankan dengan satu lagi lapisan hijau dengan tona berlainan. Lapisan luar yang matte atau tidak berkilat dipakaikan secara ‘draping’ dan kelihatan sangat semulajadi.

    Gaya ini sudah tentunya kelihatan sangat anggun, dan sesuai untuk majlis istimewa.

    Sumber: Izara Aishah Adib@Instagram

 

Gayakan Shawl Anda dengan Keunikan Tersendiri

Ramai wanita yang mungkin kurang mesra dengan shawl kerana berpendapat bahawa ianya terlalu besar dan panjang, serta memakai masa yang lama untuk dipakai. Walaubagaimanapun, shawl juga merupakan kain tudung yang memberikan anda lebih pilihan dari segi pengayaannya.

Ikutilah kami di laman Facebook dan Instagram untuk mendapat lebih banyak inspirasi pemakaian tudung seperti ini!

Back to blog