Cara Menjaga Tudung Agar Tahan Lama

Cara Menjaga Tudung Agar Tahan Lama

Sebagai seorang Muslimah, sudah tentu anda memiliki beberapa helai tudung yang diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik. Tidak kira sama ada tudung harian ataupun tudung khas untuk hari-hari istimewa, semuanya haruslah dijaga dengan rapi.

Penjagaan tudung yang sesuai akan memanjangkan hayatnya, dan memastikan ianya terus dapat dipakai pada masa yang akan datang. Berikut merupakan tips-tips berguna kami untuk menjaga tudung anda dengan lebih baik:

 

  1. Cara Basuh Tudung Yang Terbaik

    Jika anda ada masa, cara yang paling baik untuk basuh kain tudung sebenarnya adalah dengan cucian tangan. Akan tetapi, jika anda tiada masa, anda bolehlah mencampurkannya dengan pakaian lain untuk basuhan mesin.

    Jika anda membasuh dengan mesin, anda dinasihatkan menggunakan mod basuhan lembut, ataupun menggunakan beg pelindung mesin basuh. Beg sebegini dibuat daripada kain mesh dan sesuai untuk kain yang lebih sensitif.

    Berhati-hati apabila membasuh tudung dengan pakaian lain, supaya tiada pakaian yang mudah luntur warnanya. Jika ada, ini mungkin dapat merosakkan warna tudung anda.

    Apabila membasuh dengan tangan pula, elakkan menyental dengan kuat ataupun menggunakan berus sental. Sebaik-baiknya, gunakan tangan sahaja.

    Sumber: Shutterstock

     

  2. Gunakan Pelembut Pakaian

    Selain memberikan kain tudung anda satu bau yang wangi, penggunaan pelembut atau softener juga dapat memelihara urat-urat kain daripada kerosakan dan elektrik statik.

    Cara menggunakan softener ini mudah. Hanya rendamkan tudung anda dalam air yang sudah ditambah pelembut untuk 10-15 minit sebelum membasuhnya secara biasa.

     

  3. Sidai di Tempat Teduh

    Sinar matahari yang terik boleh menyebabkan warna pudar dengan lebih mudah pada sesetengah jenis fabrik.

    Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengelakkan matahari terik apabila menyidai kain tudung anda. Kalau boleh, sidai di tempat teduh seperti di beranda atau balkoni rumah.

    Sumber: Unsplash

     

  4. Gosok Dengan Cermat

    Tidak kira kain tudung apa yang anda gosokkan, sentiasa mulakan dengan penanda haba yang rendah. Ini untuk mengelakkan tudung anda terbakar, terutamanya jika ianya diperbuat daripada kain sutera atau chiffon.

     

  5. Cara Penyimpanan Yang Betul

    Untuk semua tudung, termasuk tudung yang tidak perlu digosok, pastikan anda lipatkan dengan kemas sebelum disimpan untuk mengelakkan tudung tersebut kelihatan kusut. Elakkan amalan menimbunkan tudung bersama sehingga berselirat antara satu sama lain.

    Bagi sesetengah tudung seperti tudung dengan ‘awning’, ianya haruslah digantung untuk memelihara bentuk awning tersebut.

 

Di Veilnicorn, kami sentiasa menyediakan tips penggayaan dan pemakaian tudung untuk anda. Jadi jika anda menginginkan kelainan dalam pemakaian tudung anda, ikutilah Facebook dan Instagram kami untuk mengetahui updates terbaru!

Back to blog