Bagaimana Menghilangkan Kesan Makeup Pada Tudung?

Bagaimana Menghilangkan Kesan Makeup Pada Tudung?

Memakai alat solek bersama dengan tudung itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tambahan lagi, jikalau makeup anda terkena pada tudung, itu sesuatu yang sangat biasa juga. Ini merupakan kes yang menyebabkan ramai Muslimah ‘frust’, sebab sesetengah bahan solek itu memang sekar ditanggalkan dari kain tudung.

Maklumlah, kebanyakan makeup, terutamanya foundation dengan concealer itu berasaskan minyak. Di sini, kami akan membantu anda dengan mengesyorkan cara menghilangkan kesan makeup yang paling degil pada kain tudung.

 

  1. Gunakan Bedak

    Sebelum basahkan tudung, apa yang boleh anda buat adalah menyemburkan sedikit bedak pada kesan kekotoran makeup tersebut. Seperti yang dikatakan tadi, kebanyakan makeup berasaskan minyak.

    Biarkan bedak itu untuk beberapa minit. Sementara itu, buatkan air bersabun menggunakan sabun mandi (bukan sabun cuci baju). Selepas beberapa minit basahkan kesan makeup anda yang disapu bedak itu dengan air sabun dan gosok perlahan-lahan dengan tangan. Bilas dengan air bersih.

    Sumber: Shutterstock

     

  2. Gunakan Serbuk Penaik

    Selain langkah di atas, anda juga boleh gunakan campuran serbuk penaik ( baking powder) dengan krim mandian. Sapukan dengan berus gigi lama dan gosokkan sehingga kesan makeup itu hilang.

    Kalau bimbang kain tudung tak tahan digosok berus gigi, bolehlah gosok menggunakan tangan atau dengan menggosok dua belah kain tudung bersama.

     

  3. Menggunakan Cecair ‘Makeup Remover’

    Sekarang ini, terdapat banyak tempat di luar sana yang menjual cecair penanggal makeup. Biasanya cecair ini digunakan ke atas muka, tetapi anda boleh cuba menggunakannya untuk kesan yang degil. Gunakan cecair ini sebelum anda mencuci tudung.

    Kalau bimbang kain tudung tak tahan digosok berus gigi, bolehlah gosok menggunakan tangan atau dengan menggosok dua belah kain tudung bersama.

     

  4. Krim Pencukur

    Kalau anda tiada masa, terdapat satu lagi barangan dalam rumah yang boleh membantu anda menanggalkan kesan makeup. Barangan ini adalah krim pencukur atau shaving cream. Tidak kira jenis untuk perempuan atau lelaki, krim sebegini berkebolehan tinggi menanggalkan kesan berminyak.

    Semburkan sedikit krim pencukur pada kesan solekan, biarkan sekurang-kurangnya lima minit dan cuci seperti biasa.

    Sumber: Shutterstock

     

  5. Gunakan Seketul Ais

    Elakkan menggunakan air panas ketika cuba membersihkan kesan makeup kerana ini boleh menyebabkan kesan itu tersebar lebih luas. Salah satu petua yang berguna adalah membersihkan makeup anda dengan sabun dan ais atau air sejuk.

 

Kesabaran dan Ketekunan Dalam Penanggalan Kesan

Harus diingati bahawa jika anda menggunakan satu cara dan ianya tidak berjaya, anda boleh mengulangi langkah tersebut. Lebih baik lagi jika anda boleh menggabungkan lebih daripada satu cara yang kami syorkan.

Pastikan anda terus mengikuti kami di Facebook dan Instagram Veilnicorn untuk mengetahui petua-petua yang tidak akan anda dapati di tempat lain.

Back to blog