Untuk memastikan bahawa anda berasa selesa ketika memakai tudung anda setiap hari, pemilihan jenis kain tudung adalah sangat penting. Acara atau aktiviti yang dihadiri juga penting dalam mempengaruhi pilihan fabrik anda.
Untuk memahami bagaimana anda boleh memilih jenis fabrik yang paling bagus, kita haruslah memahami apakah jenis kain yang biasanya digunakan untuk membuat tudung:
-
Kain Kapas/Cotton
Kain kapas atau cotton merupakan antara fabrik yang paling biasa digunakan untuk membuat tudung. Ini kerana kapas merupakan kain yang sangat bagus untuk cuaca yang ada di Malaysia. Kapas merupakan kain yang boleh ‘bernafas’ dan ianya juga senang menyerap peluh.
Kedua-dua ciri ini bermakna bahawa kain kapas sesuai untuk dipakai di luar rumah, untuk bersukan dan aktiviti lasak lain. Kapas juga bagus dipakai jika anda bekerja di kawasan yang panas di luar.
Kain kapas bersifat tidak licin, dan mudah dibentuk mengikut bentuk muka. Oleh itu tudung kapas sesuai untuk kegunaan harian.
Ketika ini, terdapat kain cotton blend di mana benang kapas disebatikan dengan benang tiruan lain untuk mencipta kain yang lebih baik. Antara kain kapas moden ini termasuklah Cotton Voile dan Cotton Wafer.
-
Kain Chiffon Crepe
Biasanya, kain chiffon yang tulen kurang digunakan sebagai tudung kerana ianya terlalu sensitif dan susah untuk dijaga. Yang biasanya digunakan adalah sebatian kain chiffon dan crepe, yang dikenali sebagai Chiffon Crepe atau Heavy Chiffon.
Kain jenis ini separa lutsinar dan sangat ringan dan lembut. Ianya sesuai digunakan dalam bentuk tudung shawl kerana besifat ‘stretchable’, iaitu boleh meregang dan mengikut bentuk muka dengan mudah.
Sumber: Veilnicorn Klisha Bawal in Violet
-
Kain Satin
Kain satin bersifat lembut dan sejuk, tetapi mempunyai sedikit kelemahan. Ianya sangat licin dan juga tak berapa boleh menyerap peluh. Oleh itu, tudung jenis satin ini biasanya hanya digunakan untuk aktiviti ‘indoors’ seperti untuk wanita yang kerja dalam ofis.
Kain satin juga kelihatan sangat mewah, dan oleh itu merupakan pilihan ramai untuk majlis istimewa seperti perkahwinan, dinner dan sebagainya.
Sumber: Veilnicorn Bloom Shawl in Pure White
-
Kain Lycra
Kain Lycra merupakan kain yang boleh diregangkan atau stretchable dan ianya merupakan fabrik yang serba boleh. Kain Lycra sangat tahan lasak dan boleh bertahan untuk tempoh masa yang lama. Oleh itu, tudung kain Lycra biasanya berharga lebih tinggi.
Kain Lycra boleh juga dicampurkan dengan benang kapas dan ini menjadikannya kain Lycra Cotton yang sesuai digunakan pada hari yang panas kerana mempunyai pengudaraan yang baik serta boleh menyerap peluh.
Jika anda ingin mencari tudung dengan kain yang sesuai untuk pelbagai kegunaan, jemputlah mengikuti laman Facebook dan Instagram Veilnicorn bagi mendapatkan update mengenai produk-produk kami.