Bagaimana Membentuk 'Awning' Tudung Yang Boleh Bertahan

Bagaimana Membentuk 'Awning' Tudung Yang Boleh Bertahan

Bagi wanita yang ingin berhijab, anda sudah tentu inginkan gaya tudung yang kemas. Antara bahagian tudung yang paling mencabar untuk dibentuk adalah bahagian awning.

 

Apa Itu Awning?

Di dalam bidang pembinaan dan senibina, awning adalah bahagian sengkuap, iaitu pelindung yang biasanya diletak di atas tingkap atau pintu sebagai satu cara mengelakkannya daripada terkena hujan.

Dalam bidang fesyen hijab pula, awning adalah bahagian atas tudung yang paling tajam.

Awning yang bagus sepatutnya cukup keras boleh bertahan sepanjang hari, dan pemakaian awning yang baik boleh memastikan bahawa anda mempunyai imej yang kemas dan teratur.

Pembentukan awning bukan senang, terutamanya jika tudung anda adalah diperbuat daripada jenis kain yang lembut.

Ikutilah tips-tips berikut untuk memastikan awning tudung anda kekal teguh sepanjang hari, tanpa perlu sering memeriksa atau memperbetulkannya.

 

Petua Berguna Untuk Membentuk Awning Tudung

Berikut merupakan beberapa cara yang biasanya digunakan oleh ramai wanita untuk memastikan tudung di atas dahi boleh bertahan. Cara-cara berikut bukannya baru, dan sudah lama diturunkan secara lisan antara sanak saudara dan rakan taulan.

 

  1. Menggunakan Lilin

    Cara ini mungkin kelihatan agak ketinggalan zaman, tetapi ianya merupakan antara kaedah yang berfungsi dengan baik.

    Pertama sekali, anda haruslah mengambil lilin biasa. Untuk tudung bawal, gosokkan sedikit lilin di bahagian tengah secara menyerong, iaitu dari satu penjuru ke penjuru yang lain.

    Kemudian, gosokkan bahagian tengah tersebut dengan seterika supaya lilin tersebut cair. Jangan terlalu hangat sehingga boleh merosakkan kain tudung. Gunakan setting yang rendah sudah mencukupi. Kemudian, tunggu sehingga tudung bawal anda sejuk, lipat dan pakaikan seperti biasa.

    Untuk tudung shawl pula , and boleh gosokkan sedikit lilin di bahagian tengah yang akan terletak di atas dahi nanti. Proses selepas itu sama, iaitu cairkan lilin dengan seterika dan tunggu sehingga ianya sejuk sebelum dipakai.

    Sumber: Shutterstock

     

  2. Menggunakan Spray Pengeras

    Spray pengeras ini biasanya dikenali sebagai ‘Starching Spray’ atau ‘Starch Spray’ dalam bahasa Inggeris. Ianya digunakan semasa proses menggosok pakaian, terutamanya ketika menggosok kemeja untuk suit, supaya tidak mudah renyuk.

    Jika anda tidak menjumpai produk pengeras fabrik ini pasaraya tempatan, anda bolehlah mencarinya di dalam talian, termasuk di pelantar e-dagang.

    Sumber: Shutterstock

     

  3. Menggunakan Inner dengan Awning Keras

    Terdapat beberapa inner dalam pasaran yang mempunyai bahagian awning yang sudah keras. Ini memudahkan kerja anda supaya tidak perlu menghabiskan masa menggosok atau mengeraskan kain tudung sebelum dipakai.

    Antara inner yang mempunyai awning yang keras termasuk inner Syria, inner neck, inner ikat dan banyak lagi.

 

Pembentukan awning yang baik memerlukan sedikit usaha, tetapi ianya boleh memberikan gaya tudung yang tidak akan jatuh ke dahi anda dan kelihatan kemas sepanjang hari. Ikutilah kami di laman Facebook dan Instagram untuk pelbagai tips, panduan dan inspirasi tudung yang akan membantu anda dalam pemakaian tudung harian.

Back to blog