Apakah Tudung Yang Sesuai Untuk Aktiviti Lasak?

Apakah Tudung Yang Sesuai Untuk Aktiviti Lasak?

Apabila anda ingin keluar bersukan ataupun melakukan apa-apa aktiviti lasak, tudung yang sesuai amat penting. Ini kerana tudung yang terlalu berat atau terlalu panjang boleh menghalang pergerakan bebas anda.

Ada kalanya boleh membahayakan anda juga, jika ianya tersangkut pada mana-mana tempat. Oleh itu, kami menyenaraikan beberapa petua untuk membantu anda membuat pilihan tudung bersukan yang bijak:

 

  1. Pilih Kain Yang Serap Peluh

    Kain yang boleh serap peluh termasuklah kain kapas dan microfiber. Kain yang boleh menyerap peluh ini penting supaya kepala anda boleh merasa lebih nyaman apabila angin meniup.

    Kain yang kuat serap peluh ini juga boleh membawa segala kelembapan ke permukaan supaya boleh dikeringkan dan tidak akan menyebabkan anda berasa rimas di bawah tudung.

    Anda haruslah mengelakkan kain seperti chiffon, satin dan lycra kerana kain sebegini tidak boleh menyerap kelembapan dan akan melekat pada kepala anda.

    Sumber: Shutterstock

     

  2. Ambil Kain Yang Ringan

    Kain yang ringan bukan sahaja boleh memudahkan pergerakan anda, ianya juga cepat kering jika dibasahi keringat. Kain yang ringan boleh diselitkan dengan mudah di bawah pakaian anda jika anda inginkan penampilan yang lebih kemas.

     

  3. Rekabentuk Tudung Yang Paling Bagus

    Pada masa kini, terdapat banyak tudung yang direka khas untuk aktiviti sukan. Tudung sebegini boleh disarungkan sahaja dan boleh dipakai dengan mudah.

    Jika anda ingin menjimatkan masa, tudung sarung sebegini sesuai untuk anda. Tudung sarung sukan biasanya dibuat dengan kain ‘spandex’ yang akan terus mengikuti bentuk muka anda dan tidak perlu dipinkan di mana-mana.

    Jika anda tidak boleh jumpa tudung sarung sukan, tudung bawal adalah reka bentuk yang paling sesuai. Pilihlah tudung bawal yang paling kecil saiznya supaya boleh dililit dengan kemas di bahagian leher dan dipinkan dengan kemas di bahagian tepi.

    Sumber: Syahrul Alamsyah Wahid @Unsplash

     

  4. Pemilihan Warna Tudung Untuk Bersukan

    Biasanya, ramai wanita yang suka memilih warna gelap ketika keluar bersukan. Ini kerana dengan warna gelap, ianya lebih sukar untuk melihat apa-apa kesan kotor atau titik peluh padanya.

    Akan tetapi, warna tudung yang gelap akan terasa lebih panas berbanding warna yang cerah. Ini kerana warna yang gelap akan menangkap haba yang lebih banyak berbanding warna cerah.

    Tudung warna cerah juga sangat bagus jika anda keluar bersenam pada hari mendung ataupun ketika gelap, kerana ini akan membantu orang lain melihat anda dan memastikan anda lebih selamat daripada kemalangan.

    Sumber: Shutterstock

 

Pastikan anda melilit tudung anda dekat dengan kepala dan tidak menggayakannya secara longgar ataupun tergantung di mana-mana, demi keselamatan diri. Untuk lebih tips berguna seperti ini, ikutilah Veilnicorn di laman Facebook dan Instagram kami hari ini!

Back to blog