Kadang-kala, tudung itu manis dan sesuai dipakai secara ala kadar sahaja, terutamanya untuk kegunaan harian. Akan tetapi, apabila tibanya hari yang istimewa atau acara-acara rasmi yang perlu dihadiri, anda tentunya inginkan fesyen tudung yang lebih anggun daripada biasa.
Salah satu cara untuk menyerikan tudung dan pakaian anda adalah dengan menggunakan aksesori. Muslimah pada hari ini sebenarnya sangat bertuah kerana pilihan aksesori untuk tudung sangatlah banyak.
Berikut adalah antara aksesori moden terbaru yang dapat kami temui:
-
Headband Gaya Semulajadi
Headband merupakan satu perhiasan berbentuk separa bulat, atau seperti bulan sabit, yang biasanya dipakai di atas kepala antara kedua-dua telinga. Anda boleh memilih daripada pelbagai corak dan rekabentuk.
Antara stail yang kami suka adalah yang simple dan berwarna keemasan, ataupun yang menyerupai gelang bunga.
Sumber: Shutterstock
-
Brooch Dipakai Separas Mata
Selalunya kalau brooch biasa, kita akan memilih yang mempunyai permata atau berwarna emas dan bersaiz agak besar untuk dipakai di bahagian bahu. Kini, trend mula berubah dan brooch datang dengan rekaan yang lebih ‘natural’ atau semulajadi.
Ramai wanita pada masa kini yang memilih untuk memakai brooch di bahagian atas kepala, pada paras pipi atau mata.
Sumber: Shutterstock
-
Brooch Memanjang
Jika anda menjumpai brooch sebegini, simpanlah sekurang-kurangnya satu, Ini kerana brooch yang memanjang sebegini mempunyai pelbagai kegunaan dan sangat fleksibel.
Salah satu cara yang nampak cantik dan boleh membuatkan anda nampak lebih ayu adalah dengan menempatkannya di bahagian atas kepada supaya nampak seperti anda memakai headband.
Sumber: Shutterstock
-
Pemberat Tudung
Pemberat tudung ini sebenarnya merupakan sejenis brooch yang dipakai di mana-mana hujung kain tudung anda. Walaupun namanya pemberat, ianya tidaklah seberat mana.
Pemakaian pemberat ini dapat menyerikan lagi tudung anda, terutamanya tudung yang simple dengan satu warna sahaja. Kalau dipakai dengan tudung bercorak, takut nanti pemberat ini tak cukup menonjol pulak.
Sumber: Berita Harian
-
Cincin atau Buckle Tudung
Cincin tudung ini boleh mengambil pelbagai bentuk, dan ada kalanya dipanggil buckle tudung juga. Cara pemakaiannya adalah dengan memasukkan kain tudung di bahagian hadapan melalui cincin atau buckle berkenaan.
Kelebihan cincin dan buckle ini berbanding brooch atau pin adalah bahawa kain tudung tidak perlu dicucuk. Jadi, sesetengah wanita memang lebih menyukainya kerana ia lebih menjaga kelestarian kain tudung mereka.
Sumber: Siti Nurhaliza (ctdk@Instagram)
Kami di Veilnicorn akan sentiasa membawakan anda inspirasi dan tips terbaru untuk menggayakan tudung anda. Jadi ikutilah laman Facebook dan Instagram kami untuk petua stail tudung yang terkini!