6 Kelebihan Tudung Bawal Yang Ramai Tidak Tahu

6 Kelebihan Tudung Bawal Yang Ramai Tidak Tahu

Tudung bawal merupakan tudung yang berbentuk segiempat sama dengan empat bucu tajam atau bucu bulat half moon. Tudung jenis ini adalah yang paling biasa dijumpai selain daripada tudung shawl yang biasanya lebih panjang dan berbentuk segiempat tepat.

Sumber: Unsplash

 

Tudung bawal yang ada di pasaran sekarang datang dalam pelbagai saiz, termasuk bidang 45”, 50” dan 55”. Tudung bawal merupakan bentuk tudung yang sangat popular pada masa dahulu dan dikira ‘old school’.

Berikut merupakan antara kelebihan tudung bawal yang anda harus tahu:

 

  1. Kelihatan lebih kemas

    Tudung bawal kurang mempunyai kain yang perlu dibelit dengan rumit, maka ianya senang kelihatan kemas. Jika anda menginginkan penampilan tudung tanpa banyak lipatan, tudung bawal-lah yang harus menjadi pilihan anda.

    Selain itu, tudung bawal juga kelihatan lebih simple berbanding tudung shawl, dan sesuai bagi pemakaian harian serta di rumah.

    Sumber: Lumiere Bawal in Amthyst Purple & Blush Pink oleh Veilnicorn

     

  2. Lebih senang digayakan

    Untuk wanita yang sering mengejar masa, tudung bawal menawarkan alternatif yang baik kerana tidak perlu banyak pin untuk dipakai. Paling banyak pun satu atau dua pin sahaja, biasanya satu di bawah dagu.

    Masa yang diperlukan untuk memakai tudung bawal ini pun singkat sahaja. Cara lipatan tudung bawal yang paling simple hanya memakai satu atau dua minit sahaja.

     

  3. Menyerlahkan pelbagai jenis hiasan

    Trend tudung pada masa kini amat menarik jika diikuti. Jika masa dulu-dulu pemakaian tudung hanya diserikan dengan brooch, kerongsang dan pin, kini anda boleh memilih daripada pelbagai aksesori tudung.

    Antara aksesori yang popular pada hari ini termasuk pemberat tudung, ring tudung, hairband, klip tudung dan banyak lagi.

    Oleh kerana rekabentuk tudung bawal yang agak simple, ianya dapat menyerlahkan lagi mana-mana aksesori pilihan anda.

     

  4. Mudah ditanggalkan untuk bersolat

    Jika anda perlu bersolat ketika di luar rumah, misalnya di tempat kerja, tudung bawal menawarkan kemudahan yang lebih tinggi. Ini kerana ianya lebih mudah ditanggalkan apabila anda perlu mengenakan telekung.

    Setelah itu, apabila anda perlu memakai tudung semula ianya juga sangat cepat dan menyenangkan.

     

  5. Sesuai untuk aktiviti lasak

    Jika anda ingin bersukan, meredah hutan, berbasikal atau menikmati aktiviti lasak lain, tudung bawal merupakan pilihan yang bijak terutamanya tudung bawal berbidang kecil.

    Ini kerana hujung tudung boleh diselit di belakang tengkuk dan mengurangkan risiko untuk tudung anda tersangkut di mana-mana dan menyebabkan kemalangan.

    Sumber: Klisha Bawal in Dark Blue oleh Veilnicorn

     

  6. Kain yang pelbagai

    Walaupun pada masa dahulu tudung bawal biasanya dibuat daripada kain yang jarang dan perlu digosok, namun sekarang tidak lagi.

    Tudung bawal moden diperbuat daripada pelbagai kain matte yang tidak perlu digosok dan tahan lama.

 

Sebagai muslimah moden, sudah tentu anda memiliki tudung bawal and sendiri. Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk menikmati lebih tips pemakaian dan penggayaan tudung bawal.

Back to blog