Kita seringkali inginkan inspirasi bagi memperagakan tudung dengan gaya terkini, dan dengan cara terbaru. Di Malaysia sendiri, terdapat ramai selebriti dan influencer yang tampil dengan imej bertudung.
Tidak kurang juga yang sering menginovasikan fesyen hijab yang baru, serta bijak memadankan tudung mereka dengan pelbagai jenis pakaian.
Jika anda ingin mengetahui dan mendapat idea untuk pemakaian hijab harian ataupun untuk acara istimewa, berikut merupakan pilihan kami mengenai ikon fesyen hijab yang boleh anda ikuti di alam maya:
-
Mawar Rashid (IG: @mawarashid)
Mawar Rashid merupakan pelakon dan model terkenal yang mula menjadi perbualan ramai setelah penyertaannya dalam program Dewi Remaja sekitar tahun 2014/2015.
Sejak itu, beliau telahpun berlakon dalam banyak drama televisyen, termasuk Suamiku Paling Sweet di slot Akasia TV3, Kalis Kasih di slot Samarinda TV3, dan telefilem ‘Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati’ arahan Sabri Yunus.
Mawar mempunyai lebih daripada 3 juta pengikut di Instagram, dan sering menampilkan gaya hijab yang santai serta ‘sporty’, sesuai untuk pemakaian hujung minggu.
Sumber: mawarashid@Instagram
-
Siti Nordiana (IG: @sitinordiana)
Siapa yang tidak mengenali penyanyi dan pelakon Siti Nordiana, yang terkenal dengan lagunya seperti Cinta Hanya Sandaran dan Terus Mencintai. Di akaun media sosialnya, Siti sering memuat naik gaya fesyen ‘girl next door’ yang serba ringkas tapi unik.
Siti Nordiana telahpun mula berhijab sejak tahun 2011 lagi, dan kebanyakan gambarnya merupakan fesyen gaya harian yang boleh dipakai di rumah mahupun di tempat kerja.
Sumber: sitinordiana@Instagram
-
Hannah Delisha (IG: @hannahdelisha)
Penyanyi kacukan Melayu dan Inggeris ini merupakan anak kelahiran Singapura, dengan nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi kumpulan duo Delisha, dengan seorang lagi penyanyi iaitu Mia Delisha.
Anda boleh mengikuti Hannah jika anda menggemari gaya hijab yang manis dan comel kerana penyanyi dan pelakon ini banyak mengenakan set pakaian dengan warna pastel yang cerah dan sweet.
Sumber: hannahdelisha@Instagram
-
Elfira Loy (IG: @elfiraloy)
Ibu kepada seorang anak, Elfira merupakan pelakon yang terkenal kerana peranannya dalam siri drama Qalesya.Selain menjadi pelakon, Elfira juga merupakan model bagi pelbagai jenama fesyen dan kecantikan terkemuka, seperti Maybelline New York.
Gaya Elfira lebih matang dan sesuai bagi mereka yang meminati fesyen hijab yang simple dan minimalis. Laman Elfira mempunyai pelbagai inspirasi bagi pakaian tempat kerja yang formal, tetapi masih selesa dipakai.
Sumber: elfiraloy@Instagram
-
Hanis Zalikha (IG: @haniszalikha)
Hanis merupakan seorang influencer yang menggalas banyak peranan, iaitu sebagai usahawan, blogger, pengacara TV, model dan pelakon. Jika anda mencari sumber inspirasi fesyen hijab dengan gaya yang lebih mewah dan ‘high end’, laman Hanis sesuai untuk anda.
Ibu kepada dua orang anak ini kini memiliki lebih 6 juta followers di akaun Instagramnya, dan sering memberikan petua fesyen dan kecantikan yang berguna.
Sumber: haniszalikha@Instagram
Tidak kira apa jua gaya yang anda minati, anda sudah tentu boleh mencari inspirasi di dalam talian. Ikutilah Veilnicorn di laman Facebook dan Instagram kami untuk idea-idea fesyen hijab harian yang istimewa dan berguna kepada anda.