Sebagai wanita berhijab, keperluan anda sedikit berbeza daripada wanita lain. Akan tetapi, seperti wanita-wanita lain anda sudah tentu juga membawa beg tangan ke mana-mana. Selain daripada keperluan asas seperti dompet, telefon dan tisu, apakah perkara-perkara lain yang anda bawa dalam beg tangan anda?
Kami di Veilnicorn mempunyai beberapa saranan untuk beberapa barang yang boleh anda sertakan dalam beg tangan anda sebagai seorang Muslimah bertudung:
-
Pin Tudung Tambahan
Tidak kira pin apa yang anda bawa, ianya sudah tentu berguna untuk memastikan bahawa anda mempunyai pin tudung tambahan untuk keadaan kecemasan. Apabila anda bergerak sepanjang hari, tudung yang anda pakai mungkin akan bergerak dari lipatan asal. Ini bermakna anda perlu mengemaskan tudung anda secara berkala.
Pin tambahan akan memastikan bahawa anda tidak perlu risau jika kehilangan pin yang anda pakai. Biasanya, ramai wanita yang membawa jarum peniti, tetapi pada masa kini terdapat banyak pilihan pin tudung yang lebih selamat.
Sumber: Shutterstock
-
Pen Pembersih Kecemasan
Ramai yang tidak tahu tentang kewujudan produk ini, yang dikenali sebagai ‘Stain Remover Pen’ dalam bahasa Inggeris. Produk ini kelihatan seperti sebatang pen penanda tetapi mempunyai kandungan sabun disertakan agen peluntur mesra warna.
Katakan anda sedang makan mee kari, ataupun apa-apa makanan berkuah dan ianya mengotokan tudung anda tanpa sengaja. Anda boleh menggunakan sahaja pen ini untuk membantu menghilangkan kesan kotoran, terutamanya jika anda tak boleh mencari sabun baju dan air bersih.
Sumber: Shutterstock
-
Kertas Oil Blotter
Kadang-kala apabila kita memakai kain tudung bagi tempoh yang lama, tudung mungkin akan mempunyai kesan daripada peluh dan minyak, terutamanya jika tudung itu berwarna cerah.
Untuk mengelakkan ini terjadi, anda bolehlah menyimpan kertas ‘oil blotter’ dalam beg tangan anda untuk mengurangkan minyak pada muka. Dengan oil blotter ini, muka anda juga akan nampak dan berasa lebih segar sepanjang hari.
Sumber: Shutterstock
-
Tisu Basah
Tisu kering biasa memang merupakan sesuatu yang boleh dijumpai dalam beg tangan, tetapi kami nasihatkan anda membawa juga wet wipes atau tisu basah. Tisu jenis ini boleh menyegarkan muka apabila digunakan untuk mengelap keringat.
Lebih baik jika anda boleh mencari jenama wet wipes yang bersifat anti-bakteria juga supaya boleh mengurangkan jerawat, terutamanya kawasan leher dan muka yang ditutup dengan tudung.
Sumber: Towfiqu Barbhuiya @ Unsplash
-
Sabun Tangan Mudah Alih
Baru-baru ini, dengan pelbagai wabak penyakit menular, adalah bagus juga jika anda dapat membawa sekali hand sanitizer dalam beg tangan anda. Jika boleh, bawa juga sabun tangan mudah alih. Terdapat sabun kering dalam bentuk kepingan yang dijual, ataupun anda boleh mengisi botol kecil dengan cecair sabun tangan juga.
Amalan membasuh tangan dengan kerap sangatlah mujarab untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Malangnya, banyak tandas awam dan tempat awam tidak menyediakan sabun tangan, jadi ianya merupakan idea yang baik untuk membawa sabun sendiri.
Sumber: Shutterstock
Ikutilah kami di laman Facebook dan Instagram Veilnicorn untuk pelbagai saranan yang mampu memanfaatkan kehidupan harian anda!