Sebagai wanita moden, sudah tentu kita ingin tampil dengan warna tudung yang paling moden dan paling bergaya pada masa kini.
Oleh itu, kami membawakan senarai warna tudung yang menjadi perbualan rama bagi tahun 2022.
Tahun ini merupakan tahun yang penuh perubahan, terutamanya kerana dunia masih berdepan dengan krisis Covid-19. Oleh itu, kebanyakan trend warna pada tahun ini menampakkan anjakan terhadap konsep ‘bersih’ dan ‘segar’.Oleh itu, anda akan melihat bahawa warna yang menjadi pilihan utama pada tahun ini kebanyakannya adalah variasi warna hijau dan biru. Mari kita lihat apakah warna tudung yang menjadi idaman tahun 2022 ini:
-
Warna Hijau Pudina
Hijau pudina atau mint green merupakan antara waran kegemaran mereka yang suka pada warna hijau secara amnya. Selain merupakan satu warna yang mudah dipadankan dengan pelbagai warna ‘earthy’, ianya juga merupakan warna yang tampak segar dan menyenangkan mata.
Warna hijau pudina merupakan warna cerah yang sesuai untuk dipakai pada siang hari, terutamanya untuk majlis rasmi ataupun di tempat kerja. Boleh dikatakan bahawa hijau pudina merupakan warna neutral yang serba boleh.
Sumber: Unsplash
-
Warna Hijau Zaitun
Penggemar warna hijau sudah tentu gembira mendengar bahawa terdapat shade hijau lain yang merupakan pilihan peminat fesyen di seluruh dunia tahun ini. Jika anda ingin memilih warna hijau yang gelap sedikit, anda bolehlah memilih warna hijau zaitun atau olive green.
Warna hijau zaitun merupakan warna yang tampak lebih matang dan serius, maka sangat sesuai dipakai ke pelbagai acara korporat.
-
Warna Biru Laut
Sesiapa sahaja yang merasakan tekanan daripada kehidupan seharian sudah tentu ingin mengambil angin di kawasan pantai. Oleh itu, salah satu warna pada tahun ini yang boleh menenangkan fikiran adalah warna biru laut.
Dengan segala yang berlaku pada kebelakangan ini, anda ingin menampilkan warna yang boleh membawakan perasaan damai dan tenang bagi sesiapa juga yang melihat penampilan anda.
-
Warna Kelabu Kabus
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, warna yang mejadi pilihan tahun 2022 ini semuanya merupakan warna yang lembut. Antaranya termasuklah warna kelabu kabus, atau misty grey.
Antara sebab mengapa ramai pakar fesyen memilih warna kabus kelabu adalah kerana ianya membawakan suasana yang nyaman dan sejuk. Ini kerana warna kabus ini menyerupai warna awan di tempat tinggi dan perasaan nyaman itu bukan hanya boleh dilihat oleh mata, tetapi dirasai di setiap sudut hati.
Sumber: Veilnicorn Scarves
Di Veilnicorn, kami menyediakan tudung dalam pelbagai warna mengikut trend tahun ini. Misalnya, anda boleh mendapati sendiri tudung berwarna soft cloud grey ini, di koleksi Klisha Bawal kami.
Hubungilah kami pada bila-bila masa and ikuti Facebook dan Instagram kami untuk pelbagai tips dan panduan menarik yang akan kami sampaikan.